Asrama
SMTTJ menawarkan peluang kepada pelajar yang tinggal berjauhan dari sekolah untuk menetap di asrama sekolah ini.Asrama ini mula diduduki pada tahun 1974 bersamaan tahun sekolah ini dibuka.Hal ini menunjukkan asrama sttj telah pun berusia lebih kurang 30 tahun.



Asrama ini mampu menampung lebih kurang 400 pelajar pada satu masa.Selain itu,asrama sekolah ini mempunyai 6 blok bangunan iaitu 2 blok untuk pelajar perempuan dan 4 blok untuk pelajar lelaki.Hal ini menunjukkan pelajar lelaki diberi lebih peluang untuk menetap di asrama.



Asrama pelajar lelaki atau ringkasannya digelar aspura mempunyai 20 buah bilik atau dorm yang mampu menampung seramai 14 orang pelajar bagi setiap dorm.Manakala, asrama pelajar perempuan yang dikenali sebagai aspuri pula mempunyai 15 buah bilik atau dorm yang juga mampu menampung seramai 18 orang setiap dorm.



aspuri yang kelihatan indah



aspura kala dinihari

aspura pada waktu malam

pintu gerbang aspuri



aspuri pada waktu malam

Gambar di atas merupakan seni bina asrama sttj yang harmoni lagi aman
Walaupun nampak tenang bagai air yang tidak berkocak namun pelbagai macam ragam
berlaku kerana penghuninya sibuk menjalankan rutin masing-masing.



1 Response
  1. Unknown Says:

    third pic tu lawa siot!
    anyway!
    gu luck guys!


Post a Comment

  • MENANTI

    silalah lawati blog kami ini :)
  • pengikut